Friday, August 26, 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN





ketika cinta bertasbih.
filemnya asik.tak lari dari novel.
berdurasi kurang dari 3jam mungkin, kekusutan plot cerita dikompres menjadi olahan yang agak bagus.


kerana reputasi filemnya, maka 'ketika cinta bertasbih 2' mulai menyusul.
kini bukan lagi dalam bentuk layar perak, namun diolah menjadi drama bersiri.
bila bicara soal drama bersiri indonesia, ya, sudah pastilah berjela-jela panjangnya. adoiiii!!!
dalam simpanan, keseluruhan episod mencapai 56. tak ke banyak tuh??


Banyak yang mungkin bisa diambil iktibar dan pengajaran.
Namun, siri ini juga sudah membuat aku muak dengan watak utamanya. sori deh,ini cuma pendapat aku sebagai salah satu penontonnya.


Ana.bukan saya.Tapi Ana Althafunnisa'.
Persoalan utama: Ana yang telah menikahi Abdullah Khairul Azzam, kini berusaha sama untuk menimang cahaya mata. Usaha demi usaha diusahakan, namun hasilnya masih tidak kunjung tiba.klimaks penceritaan, Ana mencadangkan Qanita untuk menikahi Azzam setelah Kiai Lutfi, bapanya Ana mendesak untuk mereka memperoleh zuriat.


Mantap.sudah mantap.itu kata Ana tentang keputusannya membenarkan Azzam menikahi Qanita. Azzam dan Qanita keberatan, Berkali-kali mereka mempersoal keputusan Ana.
Mantap.
Sudah Mantap.
Ya,suuudah!


Walau beribu tohmahan terpaksa diterima Azzam dan Qanita, tetap persiapan dimulai dari kedua pihak. Orang tua Qanita juga sungguh-sungguh bersiap. Beratus-ratus jemputan dihulur. Nah! Satu hari Ana hamil! satu-satunya sebab utama Azzam mahu dinikahi dengan Qanita telah gugur.Maka rancangan pernikahan mereka harus dibatalkan.Azzam perlu diganti seorang pemuda lain.
Pilihan Azzam Pak lik Mujab: Furqan (bekas suami Ana, bekas tunangan Husna)
Pilihan Qanita: Illyas (pilihan Husna iaitu adik Azzam. Illyas juga pilihan Husna)


oh.Mantap la sangattt! dulu masa buat keputusan membenarkan Azzam menikahi Qanitah, ndak dipikir ke kemungkinan kehamilan itu bisa terjadi? lalu apa yang mungkin dilakukan kelak? huish, nasib baik lah Qanitah dan keluarganya itu dari keluarga yang baik-baik dan sabar. Kalau tak? em, nasib jugak lah Azzam tu jugak bukan jenis orang yang lupa janji dan bertindak berlepas tangan. oh, Ana la puncanya. Sudah diberi pilihan oleh Azzam sendiri untuk menolak atau membenarkan poligami itu. Patut ditimbang buruk baik kesannya, kerana ini bukan soal dirimu sendiri malah melibatkan individu-individu lain. ohhh..terbako! Sori teremosi di bulan puasa. Astaghfirullah!


Punca utama kemuakkan menonton siri ini adalah:

ketidakkreatifan sang penulis skrip yang kurang bijak mengolah jalan cerita agar tidak menjadi muak di mata penonton. Mana tak muak? sesuatu gosip/perkhabaran itu hampir diucapkan oleh setiap watak. Makanya, persoalan utama itu terulang berkali-kali dan berkali-kali. Selain itu, permasalahan yang dialami watak2 dalam siri ini terlalu terbelit. Nasib ler aku skip-skip.duhhh~

Perakhiran cerita:
Azzam tidak jadi berpoligami. Qanita dinikahkan dengan Furqan, Husna dilamar kembali oleh Illyas. oh. kalau diikut aku sebagai penulisnya, biar saja Azzam bernikah dengan Qanita. Baru boleh sambung siri tu sampai jadi 200 episod!! hahah~


Moral of the story:
Jodoh itu adalah rahsia Tuhan buat hamba-Nya.

2 comments:

  1. woahhh ko layan kat channel pek indo sampai habis ke hebattttt

    ReplyDelete
  2. tgk kt laptop jeh..
    astro kedek! bg tgk indopek kejap jeh~

    ReplyDelete