julie and julia influences me...

a story to be completed... here you go!

si gadis sedar...
dia terlupe.

dirinya seorang,
memandang si teruna.

di balik lelaki arab di hadapannya,dia masih terpaku. dia masih berdiri, memegang erat lelaki di sebelahnya.
matanya masih terpaku, walau tangannya telah tererat.

bersalahkah dia? memandang insan lain, sedangkan di sebelahnya adalah insan yang lain?

lelaki itu memandang ke lantai LRT yg mereka naiki. walau pandangan si gadis terlindung, wajah lelaki itu masih jelas.
aisyah tau, rasa yang dia rasakan pada waktu dan ketika ini, adalah sama seperti mana dia rasa pada waktu dahulu.



10 tahun dahulu....
"miss, you left you bag."
"thank you".

aisyah masih ingat waktu itu. dia tergesa-gesa meninggalkan kaunter bayaran. sms diterima mengelirukannya.

beg itu, tersimpan barang paling berharga yang aisyah miliki pada masa itu. sebuah buku karya Amran Kassim, novelis
terkenal zaman remajanya. boleh dikatakan, Amran Kassim sepopular A Rahman Hassan di zaman ibu dan bapanya, jika mahu dibandingkan.

tanya saja kepada sesiapa sahaja, dari penjual ikan di pasar sehingga ke menteri dan dato' serta datin, nama Amran Kassim sungguh
popular. jika A Rahman Hassan dikurnia Dato' atas penglibatannya dalam industri seni tanah air, Amran Kassim
terkenal di seluruh Malaysia kerana dia adalah satu-satunya novelis merangkap jutawan pada nama yang menemui ajalnya di tali gantung ekoran novelnya sendiri yang menjadi bukti kepada satu pembunuhan seorang menteri.hari itu,
adalah hari di mana Amran Kassim menjalani hukuman gantung sampai mati.

Amran Kassim adalah seorang insan biasa. Yang hidup sehari-harinya dipenuhi dengan kertas dan buku, pen hitam dan merah.
pada waktu siang, dia adalah Amran Kassim seorang guru geografi. pada malamnya, dia adalah Amran Kassim seorang penulis.

Amran Kassim di waktu siangnya sangatlah berbeza dengan Amran Kassim pada waktu malamnya. Amran Kassim sangat pendiam dan kurang mesra dengan anak
muridnya. semua pelajarnya gerun melihat Amran Kassim. matanya cemeh sebelah,ada parut jelas di dahinya. tapi, bukan itu yang membuatkan dia
digeruni. dia digeruni kerana dia seakan mampu untuk membaca fikiran anak-anak tersebut. mereka menjauhi Amran Kassim kecuali waktu kelas dan jika ada
tugasan untuk diselesaikan bersamanya sahaja. sekiranya mereka di dalam kelas, mereka menjadi sangat berdisplin dan menurut perintah. mereka menjadi gerun
dan kadangkala menjadi takut walau hanya untuk berkata dalam hati.

pada waktu malam, Amran Kassim seorang yang relaks dan menikmati zaman bujangnya dengan menghadiri kelas muzik.

kini, Amran Kassim berada di hadapannya!
benarkah lelaki itu adalah Amran Kassim,....?

[[SIAPAKAH AMRAN KASSIM DI MATA AISYAH?]]

Comments

  1. alam
    siapakah amran kassim di mata aisyah...
    wonder who
    adakah nama itu sendiri wujud ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

bocor lagi!!